Friday, December 31, 2010

Cool

Assalamualaikum...

Dalam cuti ni, gua tengok ramai giler yang nak jadi cool. Coolim, coolai,cooala selangor, mr cooala.

Nak jadi cool tak perlu deactivate fb, tak perlu berada di tempat-tempat tertentu, tak perlu ngaku kau seorang yang cool. Tapi nak jadi cool, jadilah simple. Simple jangan sampai orang lain cakap kau bangang, I mean, qana'ah. Orait mate??

'It ain't simple being cool, but its cool being simple'

Thursday, December 30, 2010

Kemanisan Sebuah Kejayaan

Assalamualaikum

I missed the show last night, the show where every Malaysian share the sweetness of victory, the tears, the joy, and the AFF Suzuki Cup.

Dalam perjalanan ke stesen bas semalam, gua tengok kedai-kedai, warung-warung, tak kira besar ke kecik, penuh orang tengok bola. Tak kira tua, muda, semua bersorak menyokong pasukan harimau semalam. Ini satu perkara yang buat gua rasa 'I'm proud to be Malaysian'. For those who don't proud to be Malaysian, shame on you. Middle finger for those people.

For the first time in 14 years of the historical campaign, Malaysia have won the AFF Suzuki Cup. Kalau gua ade kat stadium gelora bung karno semalam, mesti meremang bulu roma, speechless tengok pasukan Harimau menjulang Piala Suzuki.

Semua orang tahu, Indonesia bukan calang-calang pasukan, tapi 'the harder the enemy, the sweeter the victory'. NICE!!!

Friday, December 17, 2010

Azizah

FYI, ni first time tajuk post gua letak nama perempuan. Nak tau sebab apa?? Sebab semalam lepas solat maghrib, gua tengok tv. Sebab tak banyak cerita, gua tengok TV3, and cerita masa tu, Asmaradana. Gua pasti mesti ramai yang dah tengok cerita ni.

Tiz Zaqyah yang jadi Azizah dalam Asmaradana.

Gua tengok, perhati lama-lama, boleh tahan jugak Tiz Zaqyah ni, lawa, dan sejak semalam, gua dah amik Tiz Zaqyah jadi awek nombor 2 gua.. Tapi tak bermakna awek nombor 1 dilupakan. Takkan la i nak lupa u, Juliana Evans. Dua-dua dalam hati gua..



Waduh, dapat tengok u 2 orang , dah lengkap hidup i. (inlove)..hahaha

Sunday, December 5, 2010

It's dark, it's cold, it's winter..

Perasaan berbelah bahagi apabila perlu mengharungi musim winter di Pasir Mas.. Gembira apabila tido berselimut dan tidak sedar jam sudah menunjukkan tepat pukul 1 tengah hari.. Sedih apabila kat rumah tiada transport dan tidak boleh pegi mana-mana.. Speechless apabila tengok kampung sebelah dah naik air, tapi Kg Banggol Setolona tetap maintain.. Cemburu apabila tengok kawan-kawan lain aktif post entry-entry baru..damn..broadband rumah gua lembap mengalahkan siput..

Gua tak mandi lagi sebab gua tengah tunggu akak gua balik, gua nak pegi menyelam.. Dapat sehelai dua pun jadi la..

(gua rasa macam skema je entry gua kali ni, ke bukan??)

Wednesday, November 10, 2010

Orang Dulu-dulu cakap...

Tadi sebelum ambil wudhu', ada bulu mata jatuh (betul ke adjektif bagi bulu mata??) kat mata kiri aku..

Aku dengar, kalau bulu mata kiri jatuh, ada orang benci kita..Betul ke??


Gunung Stong, 500 meter dari aras laut, Jun 2010



Study lahanat, esok paper Separation Technique!!!
dalam hati aku berkata,'yer,nak study la ni..'

Saturday, November 6, 2010

Simple

Orang yang tak ada facebook, masuk dalam kategori ketinggalan ke tak eh??
Aku xtau..


p/s : gua dah delete FM..damn r..bukak laptop dah tak tau nak buat apa..gua tak ada pilihan lain melainkan 'STUDY!!!!"..

Wednesday, November 3, 2010

A Night At Bukit Jalil


Bendera Kelantan, tp pakai rambut Negeri 9, guano??

Gomo Kelate gomo!!!


video
Feel the crowd man!!!

Final results

Friday, October 29, 2010

Gomo Kelate Gomo

Sampai seru raso nok bini,
Tapi tino tok cukup umo,
Tok kiro sapo lawwan final ni,
GOMO KELATE tetap GOMO.

Kijang merah hebat sengoti,
Hobin jang hobin habih patoh gigi,
Main molek sek kito sabtu nanti,
Piala Malaysia kito julang tinggi-tinggi.

Wednesday, October 27, 2010

When I say right, I mean perfect

When I say 2 minutes, it means 2 minutes. Not 3 minutes, not 5 minutes, not 15 minutes, not 30 minutes.
When I say 6.30, it means 6.30. Not 6.45, not 7.00, not 7.30.
Understand??

Bila agaknya aku nak kenakan budak-budak yang selalu buat aku tertunggu-tunggu??



Bukit Melawati, Oktober 2010

Sunday, September 19, 2010

Ampunkan Daku

Assalamualaikum..

Sempena bulan Syawal yang mulia ini, salam seribu kemaafan dipinta kepada rakan-rakan bermula dari rakan satu kampung, rakan sekolah rendah, rakan sekolah menengah, rakan satu matrik, rakan universiti dan seterusnya kepada sesiapa sahaja yang mengenali diri ini. Minta maaf sekiranya entry-entry sebelum ini, kata-kata atau perbuatan yang menjengkelkan dan menyakitkan hati kalian.

Persetankan Mohd Azim Abdul Halim yang dulu, dan terimalah Mohd Azim Abdul Halim yang baru seadanya.

It is the measure of a man that he can admit when he's wrong.
Abraham Lincoln

Saturday, August 14, 2010

Saturday, July 31, 2010

Lama Sudah

Aduh,lame sial x post.Sori kawan.Bukan apa,busy je memanjang.2 hari kelas sampai pukul 6.Kadang-kadang malam pun ade kelas..hmm(sigh).3 mggu ni,otak aku tepu.Dah masuk tahun 3.Oh yes,its getting tougher and tougher.Tambah-tambah polymer,macam haram.Klu aku x study sendiri,langsung aku x faham.Subjek-subjek lain (unit op,separation,materials,bahasa Arab, QA & QC) pun boleh tahan gak la.Nak x nak,aku kena struggle sem ni.

Oh ye,aku sekarang kt KL.Menikmati hujung minggu di rumah abang aku,jauh dari UMP nan permai.Mencari ketenangan abadi di sini.

Orait beb.Chow dulu.Aku pun xde modal sangat nk tulis panjang-panjang.Saje nk bagi ade post untuk bulan ni.

GTG.Salam

Tuesday, June 15, 2010

Kebakaran di Pasir Mas, Tugas Paling Sukar Buat Bomba






Ini kali kedua aku tengok kebakaran live depan mata.Aku ingat kebakaran kecik je,so aku malas nak g tengok sebab masa tu aku tengah tengok Argentina vs Nigeria..Tengok ajimessi main..Baru je nak start 2nd half,PAP!!Padam semua lampu..Pasir Mas bergelap malam 2..Ini dah serius sebab tak boleh tengok ajimessi main..So,aku g ke tempat kejadian..

Jalan kaki lebih kurang 50 meter,MasyaAllah..Api menjulang tinggi,mencecah bangunan 4 tingkat..Audience tak payah cakap,penuh bandar Pasir Mas malam 2..(dalam kesesakan,aku mengusha awek,banyak jugak la yang lawa)..

Bomba tak boleh nak buat apa-apa..boleh pulak air xde malam 2..terpaksa pam air dari sungai,400 meter dari tempat kejadian..

Api dah mula slow,so aku blah sebab malas nak lekat dalam traffic jam..

Kedai emas,kedai cermin mata,kedai runcit,kedai barang-barang letrik musnah dijilat api(kerugian berjuta ringgit)..

Friday, May 28, 2010

AWESOME!!! SIRI 2

Assalamualaikum w.b.t.

Terlalu busy minggu ini..Malam ni baru boleh sambung siri 2..

Selasa, 4 Mei 2009,hari yang aku rasa paling best..Pagi-pagi Piju dah mesej,ajak makan kat luar..on!!Gerak g Salor..masak lemak ikan patin,ikan keli percik,gulai kawah,budu,ulam-ulaman..3 orang makan,RM20..Petang lepak kat rumah piju,minum air kelapa muda(panjat sendiri 2!!)..Oh..Terasa diriku begitu budak kampung..

Malam yang best,aku,muih,piju g tengok bola kat stadium Sultan Mohamed IV..KELANTAN VS PAHANG..Negeri kelahiran aku vs negeri tempat aku belajar..aku pun sokong bola sepak tempatan,bukan setakat sokong Barcelona je..even bola sepak Malaysia tak semeriah BPL,La Liga,Serie A,aku tengok jugak keputusan tiap-tiap minggu..so,klu Kelantan kalah ke,menang ke,aku nak bangga,aku punya pasal la,sebab aku sokong bola sepak tempatan..Lahir kat Perlis,tapi lagi tahu pasal Chelsea daripada team Perlis,lahir kat Sarawak,tapi lagi tahu pasal Liverpool daripada team Sarawak,baik kau tak payah bangga kat klu team Perlis@Sarawak@mana-mana team menang dengan Kelantan..Siapa lagi nak sokong bola sepak Malaysia klu bukan rakyat Malaysia sendiri..

Pakai baju hijau(fuh,dah macam green street hooligan),8.15 aku masuk stadium..orang tak ramai lagi..aku ingat memang tak ramai,sebab lawan Pahang(macam Man Utd vs Everton la klu kat EPL)..tapi tidak..menjelang 8.30,stadium penuh..penuh dengan lautan merah..terbukti benar,game besar ke,game kecik ke,penyokong Kelantan sentiasa di belakang pemain..



Aku dalam lautan merah...


The Red Warriors sedang warming up..


Game malam 2 memang boleh tahan jugak la..Terbaik..First half,Kelantan serang dan kena serang..Second half dah boring..game slow..Kesudahannya,Kelantan menang..Kelantan 2-1 Pahang..



Jumaat aku gerak g KL..Ingat nak tangkap COPELAND,tapi tak jadi,abang aku ada kerja..Melepas..Lain kali la aku tangkap artis international lain..the strokes ke,kaiser chiefs ke,killers ke,pg.lost ke,god is an astronaut ke..Kekecewaan aku terubat jugak sebab dapat Wendy's yang dah lama aku mengidam 2..makan sorang-sorang plak 2..kenyang,TERBAIK!!..

Sebelum gerak balik pahang,abang aku bagi pinjam jam..TERBAIK!!(tapi pinjam je,sebelum aku dapat jam lain)



Itu la minggu yang paling AWESOME bagi aku..jumpa family,minum air kelapa muda,tengok bola kat stadium,makan wendy's,dapat jam..oh,AWESOME!!

Friday, May 21, 2010

AWESOME!!! SIRI 1

Assalamualaikum wbt...

26 April 2009,bermakna tamat final exam aku bagi semester 2 tahun 2..Ade yang plan nak balik malam 2 terus,ade yang nak lepak UMP dulu..Aku??Aku nak lepak dulu kejap sambil-sambil tunggu piju habis final..Tapi Isnin aku habis final,hari sabtu piju baru balik..giler lambat..aahh!!layan je la..Nama lagi menumpang,terima je la..bukan kereta aku pn..

Aku turut serta hantar kawan-kawan yang nak balik awal..Sambil-sambil tunggu kat bus stop depan KK4(tempat no 3 paling samo' untuk lepak kat UMP),tiba-tiba aku dapat mesej dari kakak aku.."dik,balik cepat la..anis ado appoinment hari khamis ni"..Oh,aku dalam dilema..Tunggu piju,lambat lagi..Klu balik awal,boleh lepak kat kampung lama-lama..Fikir punya fikir punya fikir,aku decide nak balik awal..Sori ju,aku terpaksa jadi driver akak aku..Malam khamis aku balik(suck!!aku miss tengok game barca malam 2,tapi barca kalah..CL memang lekat badi)..

Pukul 5 pagi sampai kat stesen bas Kota Bharu..aku tengok dari jauh sorg laki pakai short,baju mickey,ade sling bag..Shit,muih rupenya..Aku ingat siapa la yang nak jual dadah kt aku..Sori der..Gua x cam lu.."ih,aku lapa la..breti la mano2..make dulu"..Pusing KB,Pasir Mas,haram jadah..Semua dah tutup(gilo ko ade restoran bukak pukul 5.30 pagi)..Last-last ade kedai kat highway Rantau Panjang bukak lagi..Nasi kerabu pun layan je la..Aku lapar..Sampai kat rumah,bilal baru habis azan subuh..Nasib baik mak aku dah bangun masa 2..

Lepas solat subuh..alamak,lapar lagi la..Mintak duit kat mak aku,g beli nasi Pak Adik..makan nasi berlauk pukul 6.30 pagi..Sambung tido..belum sempat lena,"dik,bangun..mandi,kak ni dah siap ni"..dengan muka x mandi,aku jadi driver akak aku g Hospital KB..nasib baik aku tunggu dalam kete je..Klu x,jatuh market aku dengan nurse-nurse kat sana..on the way balik,singgah Restoran Kamal..kul 11.30 pagi,aku makan nasi lagi..tengah hari,mak aku masak,makan lagi..malam,makan lagi..kuar jap..x ramai yang balik lagi..Arrgghh!!bosan..balik tido lagi best..sebelum tido,aku makan nasi sekali lagi(rekod aku setakat ni..makan nasi 6 kali dalam 1 hari)..Bulan mengambang malam 2..

Kat rumah,mak aku,ayah aku,akak-akak aku,mak cik-mak cik aku,semua tegur pasal rambut aku..suruh potong..siap nak bagi duit lagi suruh g potong..tengok kat cermin,giler panjang rambut gua!!..klu pakai snow cap,dah macam pelukis kat TC plak aku tengok..rilek dulu,bila lagi nak simpan rambut panjang..masa belajar ni la..nanti kerja,memang x dapat la unless kerja sendiri..

Hari jumaat dan sabtu,aku lepak rumah je..malam-malam ngadap laptop main game..giler bosan!!ahad baru aku start menggila..petang g lepak kat kedai nasi air,malam lepak depan KKTM..balik pukul 1 pagi,dekat pukul 3 baru boleh tido,fikir masalah dunia..(cuti seminggu mengajar aku untuk tido lewat,tapi bangun awal)..kul 10 pagi dah bangun,mandi,pakai hensem-hensem,tengok tv sambil menunggu petang untuk kuar(gilo ko)..petang 2 aku dapat cek..wow!!abang ipar aku bagi..abe ley(yuslan bin yusoph),u're the best bro-in-law ever..



bersambung...


Monday, May 10, 2010

I LOVE U



Assalamualaikum wbt..
Rasenye belum terlambat lagi untuk aku mengucapkan SELAMAT HARI IBU kepada semua ibu-ibu di seluruh dunia,especially kepada Pn. Salma binti Daud,the best mom in the whole wide world..

Mami,
Jutaan terima kasih diucapkan kerana 36 tahun yang penuh dengan kesabaran dan kasih sayang dalam membesarkan dan mendidik kami berlapan..
Ku beli segunung intan permata,namun ku x dapat beli nilai kasih sayangmu..
Tuhan sahaja boleh membalas semua jasa-jasamu kepada kami..

Last but not least,I LOVE U WITH ALL MY HEART AND WITH ALL MY SOUL..

Wednesday, April 28, 2010

THE END CHAPTER OF Q36










Assalamualaikum..
Pejam celik,pejam celik,aku dah habis sem 4..Final dh lepas..Pasal result,2 aku tawakal je la..Sem depan aku dah masuk 3rd year..So,no time to play around..
Walaupun aku dah rindu kat kampung halaman,tapi aku bakal merindui Q36 and especially bilik no 2(this is where the magic happen)..banyak lagi nak upload gambar bilik no 2,tapi lambat macam sial..
Cuti ni bermakna blog aku pun cuti..malas nk update..tapi kejap je kot..
Orait r..aku nak packing laptop,esok sudah mau balik(tiket xtau ade ke x..huah3)

Ade bakat ke x aku jadi photographer??haha..

Sunday, April 25, 2010

JeFfRi,TATsi,TAGged and CeCiL

Aktiviti sementara menunggu paper inorganic..












Beghuk acak..harap kamera je mahal,tapi x amik pun gambar aku..huh..

Thursday, April 22, 2010

THE FAREWELL TOUR

Assalamualaikum wbt..

Fikiran gua dh melayang kt sini..


Duit??aahh..duit boleh dicari,tapi copeland xtau bile lagi nak datang malaysia..
Jom,sape nk ikut??

Monday, April 19, 2010

Macam-macam

Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah..lepas jugak aku paper yang pertama untuk final aku sem ni..aku syukur sebab sem lepas final pun aku x dapat amik..tapi,lupakan saja..benda dah jadi,takdir..macam kawan aku cakap,there's always a reason for what happened..

1. Aku dah delete akaun FB..menurut dia ni,orang yang xde FB adalah orang yang cool..so,aku dah termasuk dalam orang yang cool la,sekali dengan seorang budak lelaki yang tidak pernah berangan menjadi perempuan..ade suara-suara sumbang cakap aku ikut syamim delete FB..korg ade mulut,cakap je la..aku xleh pn nk tutup mulut korg..aku delete akaun FB sebab aku menyampah,bosan giler babi..tambah-tambah masa study week..tengok kat home FB aku,shoutout stres,tgh stdy..bagi aku,orang-orang camni memang lame giler babi..kau stres blaja,g la wat something yang x wat kau stres..xpun ngadu r kt Yang Maha Kuasa..igt orang yang komen 2 bleh tolong bagi ilmu kt kau ke??..kau nk study,study je la,asal nk post kat FB plak??ermm..orang memang macam-macam..patut la dunia ni warna-warni..full with colors..sori klu ade orang terase..aku x tuju kat sape-sape..tapi orang-orang camni la wat FB jadi x cool..korg nk marah??pedulik ape aku..ade aku kesah??malas aku nak layan..even aku dh xde FB,tapi aku ade FM..tiap-tiap hari bleh main..sape-sape yang penah main,tau r FM 2 ape..

2. Sem depan,aku plan (plan je la,comfirm nye xtau lagi) nak g penang..sape nk ikut??lubuk 2..lubuk makanan,lubuk kasut,lubuk baju..aku xde kete,so,aku tuju kat sape-sape yang ade kete je la..nak ikut,jom..xnk ikut,sudah!!..tapi aku lagi prefer g dengan THE WHITE WiDoW..tapi xtau owner THE WHITE WiDoW nk g ke x..klu nk g,servis baik punye,and we're off to penang!!xde kete,bas pun boleh!!

3. Aku1:Babi,selipar crocs gua dh tercabut die punye trademark kt tumit..
Aku2:Padan muke kau..sape suh g beli tiruan punye??
Aku1:ori mahal der..lagi pun memang terpaksa..selipar nike thong merah hitam aku dah putus..sayang wooo..setahun lebih selipar 2 berkhidmat untuk aku..bukan aku je,bapak aku pun penah pakai selipar 2 g surau..
Aku2:Lain kali,beli la yang ori..x rugi..tgk,nike 2 setahun lebih tahan..
Aku1:Lek dulu der..gua tengah pokai ni..klu ikutkan hati,nk aje gua beli selipar nike yang rm100 2..tapi,nak wat cane,duit tarak..
(Ade sape-sape nk support aku beli selipar baru??Puan Nazira OSC xnk support ke??kite kan dah kenal lama..u kan jage i mase i exam sorg2 ari 2..)

Orait,SUDAH!!mandi la wei..dah nak maghrib ni..xde air kang,susah plak..

My nike thong..sampai titisan darah terakhir aku selamatkan kau..stapler selipar 2..

Sunday, April 18, 2010

Good Luck My Friends

Assalamualaikum..
Esok,bersamaan 19 April 2010,final exam aku untuk sem 4 ni bermula..oleh itu,saya Mohd Azim bin Abdul Halim,ingin mengucapkan selamat maju jaya untuk semua kawan-kawan aku dan juga kepada siapa-siapa yang amik exam esok..
Doakan kejayaan masing-masing..doakan aku biar aku bleh jawab exam esok,21hb,23hb dan 26hb April..
Orait kawan,gua mau sambung study..siapa-siapa yang ngantuk masa study,jom pekena air masak ais dulu,x pn tea o ais limau ice lemon tea..huah3..

Monday, April 12, 2010

Engkau Ibarat Gajah,Aku Hanya Semut Merah

Put Darkfall by God Is An Astronaut on repeat mode and and look at any of Allah's creation..
OMG,tears come streaming down my face..

Selamat Malam,.Maafkan aku kawan-kawan

A TRUE LOVE,LIKE A GHOST,THAT WE CANNOT SEE IT..
inspired by John Lennon

Sunday, April 11, 2010

Cerita Macam Babi




Assalamualaikum wbt..
Semalam aku tengok cite ni..walaupun seorang kawan telah melarang aku untuk tengok,tapi aku berdegil..sbb tgk trailer gempak macam sial..
Tapi aku kecewa..merepek giler babi..siap ade dewa,alam dewa,adik beradik dewa,bleh kasih sayang dengan manusia,separuh dewa separuh manusia,siap dewa marah lagi klu x sembah..WTF..
Pastu,yang aku nak tergelak dari start sampai habis cite,name watak-watak dalam cite 2..dan watak-watak nye adalah,zeus,gorgon medusa,kraken,name tempat olympus..aku gelak sebab name watak 2 amik kt game DOTA..wtf..klu x caye,try r korg main DOTA..msti ade pnye zeus lord of olympia,medusa gorgon..sebijik plak 2..zeus ngn ade power kilat(die pnyer ultimate power),medusa badan macam ular,kepala ade ular,pastu power die panah..hadoi..klu camtu baik x payah wat tajuk CLASH OF THE TITANS..baik wat tajuk THE SENTINEL VS THE SCOURGE..it reminds me of my 2nd sem..hari2 main DOTA(tp x power pn)..
ni medusa
zeus dalam bulatan ijau.

Tapi aku suke 2 je dalam cite CLASH OF THE TITANS..
1.anak raja Argos lawa gler(ade sape tau name die??)
2.WE LIVE,WE FIGHT,WE DIE,TOGETHER!!!

Gambar sweet x sempat nk upload,lupe nk amik ngan chah..
Cool ke x ek pakai crocs??haha

Friday, April 9, 2010

Hidup ini memang penuh dengan ujian

Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah..aku bru je habis minggu last lecture a.k.a minggu test n kuiz..sepanjang minggu ni,macam-macam ragam manusia aku tengok..ade yang study,ade yang stres gler babi,ade yang lepak saje2..tapi ramai yang stres la..sampai shout out kt facebook,oovoo,ym n macam2 lagi la pasal stres je..
Stres??klu pkir2 balik,aku rase nak gelak,marah,sedih tgk orang2 yang stres ni..patut ke stres??perlu ke stres??sebab banyak test,kuiz,assignment??pada pendapat aku yang bernas ni,aku rase kita sebagai student ni,we have to get used to it la..name lagi student..ke korg rase orang yang bernama student ni hanya perlu makan,tido,ngadap laptop,main fb,hang out??
Daripada analisis aku,ade 3 sebab kenapa student ni stres:
1. korg x prepare
2. korg banyak lagi x study
3. korg memang malas nk study
Test,kuiz,assignment sepanjang minggu pn dah nak mengeluh..2 baru ujian kt universiti..belum lagi ujian daripada Yang Maha Berkuasa..klu diberi peluang,aku nk gelak kuat2 kt orang yang stres ni..klu diberi peluang,aku nk lempang je student yang cakap stres ni..aku sedih sebab banyak yang stres ni daripada bangsa aku sndiri..klu aku cakap bangsa aku pemalas la,korg cakap aku racist plak..(pikir2 la sndiri)..
Senang je klu x nak stres..korg study,prepare,tambah2 student yang amik kimia cm aku,kena selalu buat revision..InsyaAllah..klu korg prepare,malam test klu korg nk tengok movie pn boleh..pas wat test,tawakal..pergh..klu parent korg tau anak2 diorang camni kt univerisiti,dh boleh kembang hidung 1 kampung dh..
orait r..aku mau mandi..tp lambat la plak kayu ni mandi..terima kasih sebab baca entry ni..entry ni adalah nasihat untuk diri aku sendiri..tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia..sebab korg sabar baca entry aku,ni hadiah untuk korg..
tekun menjawab test..
kelihatan sweet disitu..


p/s:igt sem depan nk beli jam.suggest sikit brand ape yg patut aku beli..jangan mahal sangat,jangan murah sangat..nik,aziq,bagi rm100 pn cukup r..yang lebih aku tambah..