Sunday, November 13, 2011

Johor, Suatu Ketika

Cuti Keputeraan Sultan Pahang yang lepas, dapat juga gua jejakkan kaki di Johor yang hardcore, for the first time. Kenapa hardcore? Itu nanti gua cerita.



Johor Bharu. Bandar yang tidak ubah macam Kuala Lumpur, tapi tak serabut macam Kuala Lumpur.

Sebelum ni, perspektif tentang orang Kelantan memang tak boleh ngam dengan orang JB(bukan orang Johor, tapi JB sahaja) bermain-main di fikiran gua. Dalam benak gua, kedatangan gua ke JB mungkin mengundang ketidaksenangan orang-orang JB.

Tapi tidak. Jangkaan gua meleset. Kebanyakan orang JB yang gua jumpa, sebenarnya nice and friendly. Orang-orang macam Obefiend Weiland dan peminatnya saja yang hatred dengan orang Kelantan. Gua siap salam dengan brader staf Topman, Max (brader main angklung) dan brader jual baju Elmo kat Pasar Karat (gua tak tanya pulak nama dia).


Max

Berbalik kepada soal hardcore, ini antara list yang bagi gua, buat Johor terlalu hardcore.

Lalu jalan Mersing, kereta nak lampu high beam saja, driver dari Johor rilek je drive. Ini hardcore.
Kemayan (ke nama apa?gua pun tak ingat). Haunted. Malam-malam macam ramai orang, barang yang dibeli bertukar jadi daun, duit still ada kat kaunter. Ini hardcore.
Nirvana Memorial Park. Ada apek naik basikal, kayuh rilek je, sama laju dengan kereta. Ini hardcore.
Villa Nabila, Juga haunted. Lepas bunuh, tanam dalam simen (gua pun tak tahu kesahihan cerita ni). Ini hardcore.
Pasific Mall (ke nama apa?). Shopping mall ditinggalkan begitu saja. Air hujan mengalir jadi air longkang, siap ada lumut lagi. Ini hardcore.
Bangunan Freemason(Freemason ni bukan yang puja syaitan tu ke?). Ini paling hardcore.

Seminggu gua kat Johor, banyak lagi tempat yang gua belum jelajah. Sama ada kena lipat (if you know what i mean) atau tak cukup masa (if you what i mean of this too).

Johor, suatu ketika.


Hutan Bandar Putra

Naik van Pak Cik Dolah



Welcome to Singapore!!


Acak memang hensem


Portgas D. Pojan


Senyuman yang nampak asal, langsung tiada fake (kecuali yang pakai jersi Malaysia).

Kita berpisah buat sementara. Ada masa, kita jumpa lagi, JOHOR!!! Kalau pergi lagi, dengan CBR1000RR Repsol, mungkin.

p/s: Air Terjun Panti, Kampung Linggiu (gua baca lingjiu). Bunyi macam seksi je. Gua berminat nak pergi la.