Monday, December 19, 2011

Masing-masing punya taste la brader..

At the end of this entry, gua yakin ramai pembaca yang berpendapat macam tajuk kat atas.

Situasi 1
A: Beb, nanti kau kerja, nak beli kereta apa?
B: Aku kalau boleh nak Ford Fiesta. Paling cikai pun Vios la.

Situasi 2
(Nampak budak muda guna Suzuki Swift hasil dari kerja)
A: Mamat tu kerja repair heli. Siap pakai Swift lagi.
B: Pergh.. Muda-muda dah pakai Swift.. Nanti aku kerja, aku nak pakai Swift jugak la.

Rata-rata gua jumpa budak-budak muda umur lebih kurang umur gua, tergolong dalam kedua-dua kategori di atas.

Dari satu segi, bagus la. Ada keinginan, ada matlamat. Orang cakap, long term plan.

Tapi bagi gua, gua sangat tak setuju kalau orang muda macam gua dah ada gaji terus beli kereta baru, import dan mahal. Sebab apa? Katakan lu beli kereta baru, hutang dengan bank 7@9 tahun. Gua nak tanya, lu nak guna kereta tu sampai 7@9 tahun atau sampai kereta tu memang tak boleh guna? Gua tak percaya.

Gua letak paling maksimum. Katakan lu guna kereta tu sampai 6 tahun. Mesti lu nak tuka kereta lain. Tengok kawan-kawan beli kereta baru, takkan kita nak tertinggal kot. Darah muda, mesti sentiasa mahukan pembaharuan, cabaran.

Last-last, beli kereta baru. Buat pulak hutang dengan bank. Kalau sentiasa mahukan pembaharuan, sampai bila kita sentiasa dalam keadaan berhutang.

Point gua, orang muda macam gua perlu ada base, core yang kukuh. Maksud gua, ASET. Bukan aset yang ada penyusutan harga pada zatnya. Contoh paling mudah, kereta, handphone dan segala macam teknologi yang ada sekarang. Lu beli kereta 20000, guna 2 tahun, lu nak jual balik 30000? Mimpi la brader.

Aset yang gua maksudkan adalah rumah dan tanah. Salah ke kalau orang muda beli rumah@tanah? Tak salah gua rasa. Gua rasa ramai yang berpendapat, beli rumah@tanah tu hanya sesuai untuk umur 40-an, untuk yang dah nak pencen.

Umur 40 baru nak menggelabah cari semua tu? Nampak gaya, umur 60 la baru kita ada core.

Katakan bulanan kereta gua RM400, kereta lu RM800. Bulan-bulan gua save RM400, 10 tahun dah RM48000 brader. Kalau kat tempat gua, RM48000 dah boleh beli 2 lot tanah.

Jangan pelik la kalau depan rumah gua ada Murcielago dan CBR 1000 Repsol ketika umur gua mencecah 40-an. Macam gua selalu cakap, life begins at 40.

Ini sekadar pendapat gua saja. Lain orang, lain minat. Malique pernah cakap, kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati. Macam tajuk entry ni, masing-masing punya taste la brader..



Sunday, November 13, 2011

Johor, Suatu Ketika

Cuti Keputeraan Sultan Pahang yang lepas, dapat juga gua jejakkan kaki di Johor yang hardcore, for the first time. Kenapa hardcore? Itu nanti gua cerita.



Johor Bharu. Bandar yang tidak ubah macam Kuala Lumpur, tapi tak serabut macam Kuala Lumpur.

Sebelum ni, perspektif tentang orang Kelantan memang tak boleh ngam dengan orang JB(bukan orang Johor, tapi JB sahaja) bermain-main di fikiran gua. Dalam benak gua, kedatangan gua ke JB mungkin mengundang ketidaksenangan orang-orang JB.

Tapi tidak. Jangkaan gua meleset. Kebanyakan orang JB yang gua jumpa, sebenarnya nice and friendly. Orang-orang macam Obefiend Weiland dan peminatnya saja yang hatred dengan orang Kelantan. Gua siap salam dengan brader staf Topman, Max (brader main angklung) dan brader jual baju Elmo kat Pasar Karat (gua tak tanya pulak nama dia).


Max

Berbalik kepada soal hardcore, ini antara list yang bagi gua, buat Johor terlalu hardcore.

Lalu jalan Mersing, kereta nak lampu high beam saja, driver dari Johor rilek je drive. Ini hardcore.
Kemayan (ke nama apa?gua pun tak ingat). Haunted. Malam-malam macam ramai orang, barang yang dibeli bertukar jadi daun, duit still ada kat kaunter. Ini hardcore.
Nirvana Memorial Park. Ada apek naik basikal, kayuh rilek je, sama laju dengan kereta. Ini hardcore.
Villa Nabila, Juga haunted. Lepas bunuh, tanam dalam simen (gua pun tak tahu kesahihan cerita ni). Ini hardcore.
Pasific Mall (ke nama apa?). Shopping mall ditinggalkan begitu saja. Air hujan mengalir jadi air longkang, siap ada lumut lagi. Ini hardcore.
Bangunan Freemason(Freemason ni bukan yang puja syaitan tu ke?). Ini paling hardcore.

Seminggu gua kat Johor, banyak lagi tempat yang gua belum jelajah. Sama ada kena lipat (if you know what i mean) atau tak cukup masa (if you what i mean of this too).

Johor, suatu ketika.


Hutan Bandar Putra

Naik van Pak Cik Dolah



Welcome to Singapore!!


Acak memang hensem


Portgas D. Pojan


Senyuman yang nampak asal, langsung tiada fake (kecuali yang pakai jersi Malaysia).

Kita berpisah buat sementara. Ada masa, kita jumpa lagi, JOHOR!!! Kalau pergi lagi, dengan CBR1000RR Repsol, mungkin.

p/s: Air Terjun Panti, Kampung Linggiu (gua baca lingjiu). Bunyi macam seksi je. Gua berminat nak pergi la.

Wednesday, October 12, 2011

Big Fish


Big Fish.

Lepas gua tengok filem ni, gua dapat satu inspirasi.

Nanti sampai masa, gua akan cerita. Tapi bukan sekarang.

"Sometimes, the only way to catch an uncatchable women is to offer her a wedding ring"
Edward Bloom.


Monday, October 10, 2011

Entri Pendek Sebelum Tidur

Klik sini.

Bila gua baca berita ni, gua terkedu, speechless.

Di mana humanity seorang yang bernama bapa. Iman apatah lagi.

Kalau diberi peluang gua jumpa dengan bayi tersebut, sumpah gua nangis.


Friday, September 23, 2011

Sunday, September 18, 2011

Back To Basic

Apa guna lelaki yang mengaku bujang dan single tapi masih lagi tunduk dan patuh kepada arahan perempuan? Wank.

Lelaki yang mengaku bujang dan single perlu back to basic. Dalam konteks gua, persetankan orang lain, gua dan hidup gua saja. Apa guna gua tulis MY LIFE, MY RULES kalau gua nak ikut rules orang lain? Wank.

Gua minat bolasepak, lu minat golf. Gua minat Oasis, lu minat Bruno Mars, gua minat adidas Vienna, lu minat Puma Cabana Racer. Lu nak halang dan maki minat gua? Middle finger for u la brader.

Music, football and used clothes. Itu yang gua nak pegang sekarang ni.

Gua selfish? Bad Tempered?
I'm sorry, and u are? Administer of my life? No right. So, back off!

Sekali lagi, wank!

Saturday, September 17, 2011

Love Will Tear Us Apart

When routine bites hard and ambitions are low
And resentment rides high but emotions won't grow
And we're changing our ways, taking different roads

Then love, love will tear us apart, again
Love, love will tear us apart, again

Why is the bedroom so cold?
Turned away on your side
Is my timing that flawed?
Our respect runs so dry
Yet there's still this appeal that we've kept through our lives

Love, love will tear us apart, again
Love, love will tear us apart, again

Do you cry out in your sleep?
All my failings exposed
There's a taste in my mouth as desperation takes hold
Is it something so good just can't function no more?

But love, love will tear us apart, again
Love, love will tear us apart, again
Love, love will tear us apart, again
Love, love will tear us apart, again


P/s: Gua tak nak hidup gua jadi macam Ian Curtis.
Biarkan gua jalani hidup gua dengan tenang.

P/s/s: Ada siapa-siapa yang minat lagu di atas?
Jom kita kongsi minat, ceriakan hati yang hiba.

Tuesday, September 6, 2011

The Good Old Days

Rewind balik 10 tahun lepas, masa gua darjah 6. Ada seorang perempuan yang cukup lawa. Kulit putih, bulu mata lebat dan lentik, muka mix, rambut panjang. Semua budak lelaki sekolah gua beratur nak ngorat dia. Tapi gua tak dapat la sebab gua dah ada skandal masa tu.

Dipendekkan cerita, perempuan tu datang rumah gua masa akak gua kahwin Jumaat lepas. Tapi kali ni, siap ada suami dan anak lagi. Tak macam kecewa pulak gua dapat tahu dia dah kahwin, siap ada anak lagi.

Korek punya korek, suami dia merangkap bekas cikgu dia dulu, dah masuk 40-an. Bertambah lagi kecewa gua.

Apa yang gua kecewa, macam mana perempuan secantik dia yang gua pasti semua lelaki beratur nak dapatkan dia, kahwin di usia yang muda, pilih calon yang lagi berumur daripada dia??

Wang?? Lelaki tu cikgu, bukan businessman, engineer atau arkitek(bukan apa, orang cakap jadi cikgu tak kaya, setakat hidup senang tu boleh la).
Hensem?? Gua rasa, gua lagi hensem dari lelaki tu(serius, gua tak tipu).
Pengalaman?? Maybe.
Baik?? Tu dia je yang tahu lelaki tu macam mana.

Tak apa. Kita ambil yang positif. Maybe jodoh dia dengan lelaki tu sudah tertulis dalam Luh Mahfuz. Itu gua terima. Gua harap dia bahagia sampai ke syurga.

Lastly, u're beautiful, just like the old times..

Tuesday, August 16, 2011

Beduk DIketuk


Beduk Diketuk. Buku yang sesuai dibaca oleh orang yang sentiasa mahukan pembaharuan macam gua.

Bagi gua, penulis buku ni berfikiran yang sangat kritis dan positif. Beliau jawab soalan dengan bertanyakan soalan, membiarkan kita berfikir sendiri tentang jawapannya.

Buku ni banyak mengisahkan tentang pengalaman yang dilalui oleh beliau.

Gua ambil satu kisah dalam buku ni, biar korang terbakar untuk membacanya.

Penulis berdialog dengan seorang brader. Dipendekkan cerita, brader tu pernah putus cinta, masing-masing ambil jalan masing-masing. Apabila tiba masa brader tu kahwin, dan dia suruh gurunya mencarikan bakal isteri untuknya. Tapi dia tidak mahu melihat wajah bakal isterinya. Ditanya mengapa dan bukankah Islam membenarkan bakal suami untuk melihat wajah bakal isteri, paling-paling kurang pun, tengok gambar, brader tu jawab dia takut akan timbul soal perbandingan dengan bekas kekasihnya dulu. Ditanya lagi, bukan ke soal perbandingan akan timbul juga selepas berkahwin. Dia menjawab, apabila telah sah pernikahan dengan seorang wanita, itulah takdir Allah untuk kita bimbing dan pimpin menuju ke syurga. Dialah wanita yang pasrah dan menyerah kepada kita atas nama Allah. Soal rupa, itu dah menjadi soal kedua.

Kisah ini mengocak fikiran gua. Dan gua respect brader ni. Jarang sekali di dunia ni ada orang macam brader ni.

Amacam, tak terbakar lagi? Nak lagi terbakar, beli la buku ni. Highly recommended.

Penulis juga aktif di sini.