Monday, December 19, 2011

Masing-masing punya taste la brader..

At the end of this entry, gua yakin ramai pembaca yang berpendapat macam tajuk kat atas.

Situasi 1
A: Beb, nanti kau kerja, nak beli kereta apa?
B: Aku kalau boleh nak Ford Fiesta. Paling cikai pun Vios la.

Situasi 2
(Nampak budak muda guna Suzuki Swift hasil dari kerja)
A: Mamat tu kerja repair heli. Siap pakai Swift lagi.
B: Pergh.. Muda-muda dah pakai Swift.. Nanti aku kerja, aku nak pakai Swift jugak la.

Rata-rata gua jumpa budak-budak muda umur lebih kurang umur gua, tergolong dalam kedua-dua kategori di atas.

Dari satu segi, bagus la. Ada keinginan, ada matlamat. Orang cakap, long term plan.

Tapi bagi gua, gua sangat tak setuju kalau orang muda macam gua dah ada gaji terus beli kereta baru, import dan mahal. Sebab apa? Katakan lu beli kereta baru, hutang dengan bank 7@9 tahun. Gua nak tanya, lu nak guna kereta tu sampai 7@9 tahun atau sampai kereta tu memang tak boleh guna? Gua tak percaya.

Gua letak paling maksimum. Katakan lu guna kereta tu sampai 6 tahun. Mesti lu nak tuka kereta lain. Tengok kawan-kawan beli kereta baru, takkan kita nak tertinggal kot. Darah muda, mesti sentiasa mahukan pembaharuan, cabaran.

Last-last, beli kereta baru. Buat pulak hutang dengan bank. Kalau sentiasa mahukan pembaharuan, sampai bila kita sentiasa dalam keadaan berhutang.

Point gua, orang muda macam gua perlu ada base, core yang kukuh. Maksud gua, ASET. Bukan aset yang ada penyusutan harga pada zatnya. Contoh paling mudah, kereta, handphone dan segala macam teknologi yang ada sekarang. Lu beli kereta 20000, guna 2 tahun, lu nak jual balik 30000? Mimpi la brader.

Aset yang gua maksudkan adalah rumah dan tanah. Salah ke kalau orang muda beli rumah@tanah? Tak salah gua rasa. Gua rasa ramai yang berpendapat, beli rumah@tanah tu hanya sesuai untuk umur 40-an, untuk yang dah nak pencen.

Umur 40 baru nak menggelabah cari semua tu? Nampak gaya, umur 60 la baru kita ada core.

Katakan bulanan kereta gua RM400, kereta lu RM800. Bulan-bulan gua save RM400, 10 tahun dah RM48000 brader. Kalau kat tempat gua, RM48000 dah boleh beli 2 lot tanah.

Jangan pelik la kalau depan rumah gua ada Murcielago dan CBR 1000 Repsol ketika umur gua mencecah 40-an. Macam gua selalu cakap, life begins at 40.

Ini sekadar pendapat gua saja. Lain orang, lain minat. Malique pernah cakap, kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati. Macam tajuk entry ni, masing-masing punya taste la brader..



17 comments:

atiqah baharuddin said...

for me,lg baik beli tanah or rmh dr beli kete sbb tanah or rmh htganya akn sntiasa naik...tp kete,hrga dia akn susut n akn sntiasa ada kete2 yg baru selari ngan perdaran zman...so,da keje,kmpul duit,beli rmh or tanah or emas...hahahahaa

are jim said...

itu la mksd sy..

mohd fauzan said...

owh..

are jim said...

pergh..

burn said...

auummm...

husna said...

setuju gilak2 la ngan pendapat ko. saye pon pikir gitu beb.

atiqah baharuddin said...

apa lg...kalu nak beli tanah gtau sy,leh sy prepare documents...hehehe(x yah upah lwyer)

are jim said...

bun,pehal pulak mengaum ni..
husna,so ko nk bli kete bru ke 2nd hand??haha
atiqah,aik,panda jgok ko psl hartanah ni??

atiqah baharuddin said...

tau la procedurenye sbb msa cuti ai 2 sy keje ngan law firm..blajar la psal nak beli2 rmh nie...kire tau la sikit2..mugo kijoan dok main naik trun pjbt tanah jah msa cuti ai 2..hehehe

syamim said...

encik sy nk umh yg ad jacuzzi yea..
ala-ala english style sket pstue bilik bau cm lovely lace..hahahaha

are jim said...

atiqah,owh..ado kabel la klu g2 gak..
syamim,duit??haha

burn said...

saje ngaumm...
lepas pokcik beli romah, pokcik nak beli rimauu plak... tanah tu pokcik beli tok rimau nie berlatih berlari petang petang.. mane taw klau de pencurik masok romah pokcik..
ahahahahaah

syamim said...

duit???sy doakan semoga encik mohd azim kerja gaji mahal,mewah untuk memenuhi semua impian itu..amiin..hahahaha

atiqah baharuddin said...

ada la kabel kecik2 g2..tp kalu nak rekemen nak ambik lawyer mana pom boleh je...sy penah keje kat 2 firm..knal la sorg 2 lawyer hok arrange sal hartanah nie..(serius giler,meh2 awk nok beli doh hartanah...hahaha)

are jim said...

burn,kok x kuek kudo2,jgn cangkung gayo jang..
syamim,aminn..
atiqah,itu la psl..

mohd fauzan said...

gler, life bgn at 40
bereh r jim
jd uncle camwhore
hihu

are jim said...

sape 2??