Monday, February 7, 2011
Sunday, January 23, 2011
Misery Business
Assalamualaikum..
Dah masuk semester 6, bermakna gua kena buat PSM sem ni. PSM bukan sekadar taip proposal dan terus hantar, tapi perlu buat projek dulu. Nama pun Projek Sarjana Muda.
Nak buat projek, perlu ada duit untuk tanggung semua kos. Beli buku, print, sewa kereta pegi amik sample air kat sungai (ni projek gua la), beli pen ganti yang dah habis dakwat, bayar makan lepas balik dari ambil sample air and so on.
Setahu gua, pihak yang bertanggungjawab dah banyak tahun bagi loan kat student yang memerlukan. Bermakna dah boleh jadi pro la kan? Tapi semester ni, gua diberitahu terdapat masalah teknikal dalam proses penutupan akaun menyebabkan proses pengesahan tidak dapat dilakukan.
How come? This is nonsense man..
Setakat hari ni, dah 3 kali tarikh loan masuk dipinda. Sekarang gua betul-betul sengkek. Takkan tiap-tiap minggu gua kena mintak kat bapak gua. Hutang dengan kawan? That will be the last thing I would do man.
Tuesday, January 18, 2011
It's A University, It's A School. No, It's A Prison

Sunday, January 9, 2011
Saturday, January 1, 2011
Aim Higher
Gua pun tak nak ketinggalan jugak sementara masih ada masa ni..Sempat lagi ni..
Gua mewakili blog It Starts With Zero ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua, terutamanya kepada pembaca-pembaca blog ni(wah,dah macam 1000 follower gua)..
Selamat Tinggal 2010, Selamat Datang 2011.
New Year, new face,new start,new attitude. Aye mate??
Friday, December 31, 2010
Cool
Dalam cuti ni, gua tengok ramai giler yang nak jadi cool. Coolim, coolai,cooala selangor, mr cooala.
Nak jadi cool tak perlu deactivate fb, tak perlu berada di tempat-tempat tertentu, tak perlu ngaku kau seorang yang cool. Tapi nak jadi cool, jadilah simple. Simple jangan sampai orang lain cakap kau bangang, I mean, qana'ah. Orait mate??
Thursday, December 30, 2010
Kemanisan Sebuah Kejayaan
I missed the show last night, the show where every Malaysian share the sweetness of victory, the tears, the joy, and the AFF Suzuki Cup.
Dalam perjalanan ke stesen bas semalam, gua tengok kedai-kedai, warung-warung, tak kira besar ke kecik, penuh orang tengok bola. Tak kira tua, muda, semua bersorak menyokong pasukan harimau semalam. Ini satu perkara yang buat gua rasa 'I'm proud to be Malaysian'. For those who don't proud to be Malaysian, shame on you. Middle finger for those people.
For the first time in 14 years of the historical campaign, Malaysia have won the AFF Suzuki Cup. Kalau gua ade kat stadium gelora bung karno semalam, mesti meremang bulu roma, speechless tengok pasukan Harimau menjulang Piala Suzuki.
Semua orang tahu, Indonesia bukan calang-calang pasukan, tapi 'the harder the enemy, the sweeter the victory'. NICE!!!
