Sunday, January 23, 2011

Misery Business

Assalamualaikum..

Dah masuk semester 6, bermakna gua kena buat PSM sem ni. PSM bukan sekadar taip proposal dan terus hantar, tapi perlu buat projek dulu. Nama pun Projek Sarjana Muda.

Nak buat projek, perlu ada duit untuk tanggung semua kos. Beli buku, print, sewa kereta pegi amik sample air kat sungai (ni projek gua la), beli pen ganti yang dah habis dakwat, bayar makan lepas balik dari ambil sample air and so on.

Setahu gua, pihak yang bertanggungjawab dah banyak tahun bagi loan kat student yang memerlukan. Bermakna dah boleh jadi pro la kan? Tapi semester ni, gua diberitahu terdapat masalah teknikal dalam proses penutupan akaun menyebabkan proses pengesahan tidak dapat dilakukan.

How come? This is nonsense man..

Setakat hari ni, dah 3 kali tarikh loan masuk dipinda. Sekarang gua betul-betul sengkek. Takkan tiap-tiap minggu gua kena mintak kat bapak gua. Hutang dengan kawan? That will be the last thing I would do man.




2 comments:

haziq said...

stress aku sem ni..
psm.. asgmnt inorganic..
oleo.. lab repot..
asgmnt industrial visit..
samo' lehnet!!!

are jim said...

samo'..samo'..
best man win mate..hahaha