Sunday, May 29, 2011

The Captivity of Negativity

I'm tired of telling people to do the things right.

I'm tired of looking at people who always think they always right.

Sometimes, silence is the best option.

Friday, May 27, 2011

Existence


Control.

Filem yang wajib ditonton bagi sesiapa yang minat dan akan minat muzik brit-pop dan punk rock. Tapi kalau setakat minat J-P, K-P, L-P, hip hop, gua rasa baik tak payah tengok sebab mesti korang akan cakap filem ini tak best.

Gua dah 3 kali tengok filem ni, tapi tak pernah rasa bosan. Sebenarnya, gua dah lama tengok filem ni, tapi hari ni baru ada mood nak review pasal filem ni sebab I have all the time in the world.

Rambut pendek sikat depan, mata kuyu, tarian yang pelik, itulah Ian Curtis, front man band Joy Division. Seorang yang berbakat, penyanyi, penulis lirik, tapi sayang, hidupnya dibelenggu masalah.

Bermula daripada masalah diri sendiri, merebak kepada keluarga dan seterusnya kepada Joy Division itu sendiri.

Ian Curtis, died on 18th May 1980 at the age of 23.

Gua tak nak cakap banyak. Nak tau pasal Ian Curtis dan Joy Division, Control merupakan filem yang wajib ditonton mate. Highly recommended.


Thursday, May 19, 2011

Semester Pendek

Dah lama tak update blog ni. Bukan apa, busy dengan study week, exam week. Exam week saja dah 3 minggu. Jadual macam gampang. Seminggu satu paper. Tepu otak gua. Hari-hari tengok benda sama. Nak muntah gua tengok nota, pening gua ngadap laptop tengok slide.

Ahh,sudah!! Gua tak nak cerita pasal exam gua. Yang dah lepas biarkan berlalu.

Sekarang, kalau student yang amik degree, diorang cuti 4 bulan. Gila lama. Kalau kerja, paling cikai pun boleh angkat handphone baru, kasut baru, seluar baru.

Gua?? Gua amik semester pendek@short sem. Kalau orang tanya apesal gua amik short sem, gua akan cakap gua nak baiki gua punya result.

Ketika anda gembira mkn nasik berlauk ayam goreng msk lemak cili api,ada org lain yg sdg mkn megi kari extra hot,biskut hup seng cap ping pong b'sama air msk.Ketika anda gembira menonton maharajalawak b'sama fmly depan tv, ada org sdg menghadap laptop mengulang movie2 yg lama disimpan.Ketika anda gembira bercuti semester selama 4 bulan dirumah,ada org yg dah 4 bulan tak balik rumah & sdg buat shortsem di perantauan!(Nur Arifah binti Jaafar, 2011) , pendapat seorang pujangga tentang apa itu short sem.

Bagi gua, short sem tak ubah macam penjara. Kehidupan yang sunyi, makanan yang limited, bosan sampai tak tahu nak buat apa, nak buat kelas dari isnin sampai jumaat, pagi ke petang,semua boleh sebab student short sem have all the time in the world. Macam Red cakap dalam filem The Shawshank Redemption, 'Old life blown away in the blink of an eye. Nothing left but all the time in the world to think about it'.

Nak keluar?? Kalau gua, gua pun fikir 2,3 kali. Gua tak tau orang lain, tapi hujung-hujung sem macam ni, gua memang sengkek. Gua syak duit banyak habis kat makan.

16 Mei - 15 Julai 2011 gua amik short sem. Owh, memerlukan keazaman yang sangat tinggi ditambah dengan masalah-masalah di atas. Gua harap gua tenang.


Cerita lain.

Sementara menunggu paper, gua bergerak ke Kolumpor. Pegi tangkap ini,


Gua pegi berjumpa dengan Takaa, Tamaki, Yoda dan Takada. Mereka bukan penyanyi J-Pop, bukan pelakon drama yang diadaptasi daripada anime, mereka adalah MONO!!!

Fresh, energetic, awesome and rock!!!

Pergh, tergamam sial gua dapat tengok mereka live and exclusive depan mata gua. Gua speechless sambil kepala meliuk mengikut rentak Everlasting Light, Silent Flight Sleeping Dawn, Ashes In Snow, Yearning dan all time favourite gua, Moonlight.

Akta Angkasa, Citizens of Ice Cream dan Furniture tidak kurang hebatnya. Cuma mereka kurang pendedahan. Kalau up sikit lagi, dah boleh lawan Godspeed You! Black Emperor, Mogwai dan Sigur Ros.

Gua harap God Is An Astronaut, Pg.Lost, Godspeed You! Black Emperor dan Caspian pula yang dapat datang Malaysia.

Duit??Aahh..Duit boleh cari, satisfaction lu orang boleh beli??