Sunday, July 24, 2011

Boredom Madness

Mejengah ke blog It Starts With Zero, sepi, tanpa entry-entry baru. Berhabuk, barangkali.

Sekarang baru gua tahu, hidup seorang pelajar yang cuti, tiada kerja, yang sentiasa mahukan unsur fun dan rock n roll macam gua, adalah terlalu bosan dengan ketiadaan laptop.

Apa boleh buat brader?? Semalam gua baca majalah SOLUSI, itu pun tak habis. Kejap tadi hampir-hampir gua berminat dengan Stanza Cinta, tengah malam ni?? Gusti, mungkin.

Cuti tanpa laptop dan kawan-kawan sekampung, tak bermakna tengok TV sampai 24 jam. Internet?? Bosan. Baik gua jadi nanny daripada surf internet.

Aahh, get a life dude!

Friday, July 8, 2011

Low Budget Traveller

Fikir punya fikir punya fikir, gua nak ada hobi baru. Gua nak jadi traveller, yang low cost punya.

Tak payah naik flight, naik bas, naik kereta, gua nak travel dengan motor.

Tapi bukan sekarang, tunggu gua angkat LC, tak pun FZ. Paling-paling cikai pun, PX pun jadi la.

CBR1000RR Repsol?? Aahh!! Itu boleh tunggu. Lelaki, life begins at 40.

So, kawan-kawan gua seluruh Malaysia, tunggu gua datang rumah lu orang dengan motor.

Travel keliling Semenanjung dengan motor di usia belia, baru la hidup rock n roll!!!




Monday, July 4, 2011

Life Is About Making Decisions

Alhamdulillah. Gua baru lepas Test 2 pagi tadi, bermakna lepas la semua beban assignment, test dan kuiz. Sekarang fokus untuk Final Exam pula. One week and counting.

Berbalik kepada tajuk entry ini, hidup memang tak pernah lari daripada membuat keputusan. Nak makan, nak kawan, nak masuk Universiti, nak buat apa petang-petang, hatta nak pilih awek sekali pun, memerlukan keputusan yang bijak. Bukan main pilih semberono saja.

'Ikut hati mati. Ikut rasa binasa'.

22 tahun gua hidup, dah banyak keputusan gua dah buat, tapi tak semua keputusan tu buat gua bangga.

Kalau boleh, gua nak jadi macam dalam lagu AXL, tapi gua punya versi.

Andai dapat ku undurkan putaran dunia,
Ingin ku ubah semula,
Kata-kata dan tingkah lakuku.

There's not a day goes by I don't feel regret,
I look back on the way I was then,
A young, immature kid who committed the stupid decisions,
I want to talk to him,
I want to try and talk some sense to him,
Tell him the way things are,
But I can't,
That kid's long gone,
And this person is all that's left.

Gua admit, banyak keputusan terburu-buru yang gua pernah buat. Nak undur putaran dunia? Tak mungkin.

Yang mungkin sekarang ni, relaks dan cool dalam membuat sebarang keputusan dengan menjadikan keputusan-keputusan yang lepas sebagai pengajaran. Alam universiti belum habis lagi, belum masuk alam kerja, alam berkeluarga.

Lastly, THINK, AJIM!!!