Sunday, September 30, 2012

Bla bla bla..

Currently 2 months unemployed.

Lama gua tak menulis. Bukan sebab tak ada cerita-cerita menarik, tetapi interphase blogspot yang baru terlalu moden bagi gua.

Kadang-kadang terfikir, ada lagi ke orang jenguk blog gua ni. Barangkali mereka sudah lekat kat Facebook, Twitter, 9gag.

2 bulan menganggur. Bangun pukul 8.30, hantar anak buah pergi tadika, balik sambung tido, pukul 12 bangun, ambik anak buah kat tadika, balik layan Game of Thrones, 1.30 baru mandi pagi. Pukul 2 tengok handphone, kot ada company panggil interview (selalunya tak ada), pukul 3 makan mi celup, lepas Asar balik untuk lapor diri. Lepas Isyak layan scene bola (Piala Malaysia, BPL, La Liga semua bantai), lewat malam baru balik.

Hujung minggu ubah jadual sedikit. Pukul 10 baru keluar, lepak kat Long Beach, layan scene awek-awek hot free hair hisap shisha dengan balak-balak mereka yang kebanyakannya wallet tebal even muka tak hensem (materialistikkah??)

Aahh..fikir pasal orang lain. Diri sendiri belum kerja, Itulah akibat orang yang tak sedar diri. Pointer tak sampai 3 flat, ada hati nak mintak company besar? Mimpi la ajim.

Kerja sendiri lagi bagus. Tapi...


-What A Life!-

Tuesday, April 17, 2012

PTPTN

Semua orang nak bercakap pasal PTPTN.

Ada orang cakap PTPTN perlu dimansuhkan.

Ada orang cakap PTPTN perlu diteruskan, jika tidak kerajaan akan rugi berbilion ringgit.

Gua?? Gua tak kisah nak diteruskan atau dimansuhkan. Yang penting jumlah yang patut gua bayar. Let's say gua pinjam RM28000, takkan gua kena bayar RM36000?? Ujrah 1% tang mana?? Atau gua yang tak faham dia punya interest macam mana??


-What A Life!-

Tuesday, April 3, 2012

The Quest of Thailand

Cuti sem lepas, gua rasa jiwa gua terlalu dekat dengan Thailand.

Mula-mula tengok The Hangover Part 2. Lepas tu tengok Running Man in Thailand. Pergh.. Buat gua rasa nak travel kat sana.

Itu baru bab movie dan tv show, belum masuk bab makanan lagi. Dipendekkan cerita, satu hari pergi minum petang rumah kawan gua dan dihidangkan benda ni.

Gua tak tahu pula apa nama benda ni. Bawang, limau nipis, cili, kelapa bakar dan kacang letak atas daun kadok. Lepas tu, letak gula Melaka, gulung daun tu, makan.

Lepas tu, ada festival makanan antarabangsa kat stadium. Gua memang niat nak jalan-jalan kat festival tu, sambil beli bulu tangkis abang gua kirim. Gua makan ni.

Ni pun gua tak tahu nama apa. Kuey teow tom yam ada sotong, udang, ayam, sosej, letak perahan asam limau. Tom yam yang dimasak oleh orang Islam Thailand sendiri, authentic tak authentic la brader.


Ni kerabu maggi. Pun authentic jugak.


Last sekali, gua minum ni. Teh hijau tarik. Penarik teh ni pun khas diterbangkan dari Thailand. Memang berbeza, siap ada rasa mint lagi.

Aahh.. Buat gua tak sabar nak ke sana.

Well, cakap saja tak guna. Kalau berani, kita terbang ke Bangkok, menyusur Chao Phraya, hangover kat sana. Ada bran??

-What A Life!-

Wednesday, February 22, 2012

Lembaga

Gua terfikir, macam mana kalau kita tengah drive, tiba-tiba ada kereta langgar kereta kita dari belakang, report kat balai, kita pun kena saman jugak??

Apa undang-undang yang kita pakai ni?? Ke satu dunia yang pakai undang-undang ni??

Kalau satu dunia yang pakai undang-undang ni, apa significant pihak yang berwajib menyaman kereta yang kena langgar??

Ada siapa-siapa yang boleh tolong jelaskan?? Kang tak pasal-pasal gua beli buku Perlembagaan Malaysia.


-What A Life!-


Monday, January 2, 2012

FINAL Final Exam

Kalau minggu lepas study week yang sepatutnya habiskan masa dengan study (kononnya), tapi terpaksa habiskan masa dengan betulkan thesis, tibalah minggu yang dinantikan setiap semester, MINGGU PEPERIKSAAN.

Alhamdulillah. Semester ni tak ada ujian berat yang gua kena. Tak macam semester-semester sebelum ni.

Kenapa FINAL Final Exam? Sebab final exam ni merupakan yang terakhir sepanjang 3.5 tahun gua kat sini.

Begitu cepat masa berlalu. Pepatah ada menyebut, time and tide wait for no man. Pejam celik pejam celik, dah 3.5 tahun gua kat Pahang, pejam celik pejam celik, hari ni dah masuk hari kedua tahun 2012. Harapan gua agar tahun 2012 lebih baik daripada 2011.

Gua start exam 4 Januari sampai 9 Januari. Gua nak ucapkan GOOD LUCK kepada CLASS OF 2012 sedang study, yang sedang tido, yang sedang siapkan thesis (kef kef kef), yang sedang update blog, yang sedang tweet@berfesbuking dan kepada semua rakan yang akan@sedang@telah menduduki peperiksaan.

Gua akhiri dengan satu pepatah, ONLY ME CAN BEAT ME.


Monday, December 19, 2011

Masing-masing punya taste la brader..

At the end of this entry, gua yakin ramai pembaca yang berpendapat macam tajuk kat atas.

Situasi 1
A: Beb, nanti kau kerja, nak beli kereta apa?
B: Aku kalau boleh nak Ford Fiesta. Paling cikai pun Vios la.

Situasi 2
(Nampak budak muda guna Suzuki Swift hasil dari kerja)
A: Mamat tu kerja repair heli. Siap pakai Swift lagi.
B: Pergh.. Muda-muda dah pakai Swift.. Nanti aku kerja, aku nak pakai Swift jugak la.

Rata-rata gua jumpa budak-budak muda umur lebih kurang umur gua, tergolong dalam kedua-dua kategori di atas.

Dari satu segi, bagus la. Ada keinginan, ada matlamat. Orang cakap, long term plan.

Tapi bagi gua, gua sangat tak setuju kalau orang muda macam gua dah ada gaji terus beli kereta baru, import dan mahal. Sebab apa? Katakan lu beli kereta baru, hutang dengan bank 7@9 tahun. Gua nak tanya, lu nak guna kereta tu sampai 7@9 tahun atau sampai kereta tu memang tak boleh guna? Gua tak percaya.

Gua letak paling maksimum. Katakan lu guna kereta tu sampai 6 tahun. Mesti lu nak tuka kereta lain. Tengok kawan-kawan beli kereta baru, takkan kita nak tertinggal kot. Darah muda, mesti sentiasa mahukan pembaharuan, cabaran.

Last-last, beli kereta baru. Buat pulak hutang dengan bank. Kalau sentiasa mahukan pembaharuan, sampai bila kita sentiasa dalam keadaan berhutang.

Point gua, orang muda macam gua perlu ada base, core yang kukuh. Maksud gua, ASET. Bukan aset yang ada penyusutan harga pada zatnya. Contoh paling mudah, kereta, handphone dan segala macam teknologi yang ada sekarang. Lu beli kereta 20000, guna 2 tahun, lu nak jual balik 30000? Mimpi la brader.

Aset yang gua maksudkan adalah rumah dan tanah. Salah ke kalau orang muda beli rumah@tanah? Tak salah gua rasa. Gua rasa ramai yang berpendapat, beli rumah@tanah tu hanya sesuai untuk umur 40-an, untuk yang dah nak pencen.

Umur 40 baru nak menggelabah cari semua tu? Nampak gaya, umur 60 la baru kita ada core.

Katakan bulanan kereta gua RM400, kereta lu RM800. Bulan-bulan gua save RM400, 10 tahun dah RM48000 brader. Kalau kat tempat gua, RM48000 dah boleh beli 2 lot tanah.

Jangan pelik la kalau depan rumah gua ada Murcielago dan CBR 1000 Repsol ketika umur gua mencecah 40-an. Macam gua selalu cakap, life begins at 40.

Ini sekadar pendapat gua saja. Lain orang, lain minat. Malique pernah cakap, kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati. Macam tajuk entry ni, masing-masing punya taste la brader..



Sunday, November 13, 2011

Johor, Suatu Ketika

Cuti Keputeraan Sultan Pahang yang lepas, dapat juga gua jejakkan kaki di Johor yang hardcore, for the first time. Kenapa hardcore? Itu nanti gua cerita.



Johor Bharu. Bandar yang tidak ubah macam Kuala Lumpur, tapi tak serabut macam Kuala Lumpur.

Sebelum ni, perspektif tentang orang Kelantan memang tak boleh ngam dengan orang JB(bukan orang Johor, tapi JB sahaja) bermain-main di fikiran gua. Dalam benak gua, kedatangan gua ke JB mungkin mengundang ketidaksenangan orang-orang JB.

Tapi tidak. Jangkaan gua meleset. Kebanyakan orang JB yang gua jumpa, sebenarnya nice and friendly. Orang-orang macam Obefiend Weiland dan peminatnya saja yang hatred dengan orang Kelantan. Gua siap salam dengan brader staf Topman, Max (brader main angklung) dan brader jual baju Elmo kat Pasar Karat (gua tak tanya pulak nama dia).


Max

Berbalik kepada soal hardcore, ini antara list yang bagi gua, buat Johor terlalu hardcore.

Lalu jalan Mersing, kereta nak lampu high beam saja, driver dari Johor rilek je drive. Ini hardcore.
Kemayan (ke nama apa?gua pun tak ingat). Haunted. Malam-malam macam ramai orang, barang yang dibeli bertukar jadi daun, duit still ada kat kaunter. Ini hardcore.
Nirvana Memorial Park. Ada apek naik basikal, kayuh rilek je, sama laju dengan kereta. Ini hardcore.
Villa Nabila, Juga haunted. Lepas bunuh, tanam dalam simen (gua pun tak tahu kesahihan cerita ni). Ini hardcore.
Pasific Mall (ke nama apa?). Shopping mall ditinggalkan begitu saja. Air hujan mengalir jadi air longkang, siap ada lumut lagi. Ini hardcore.
Bangunan Freemason(Freemason ni bukan yang puja syaitan tu ke?). Ini paling hardcore.

Seminggu gua kat Johor, banyak lagi tempat yang gua belum jelajah. Sama ada kena lipat (if you know what i mean) atau tak cukup masa (if you what i mean of this too).

Johor, suatu ketika.


Hutan Bandar Putra

Naik van Pak Cik Dolah



Welcome to Singapore!!


Acak memang hensem


Portgas D. Pojan


Senyuman yang nampak asal, langsung tiada fake (kecuali yang pakai jersi Malaysia).

Kita berpisah buat sementara. Ada masa, kita jumpa lagi, JOHOR!!! Kalau pergi lagi, dengan CBR1000RR Repsol, mungkin.

p/s: Air Terjun Panti, Kampung Linggiu (gua baca lingjiu). Bunyi macam seksi je. Gua berminat nak pergi la.